Wednesday 10 April 2013

One good deed goes a long way.

Aku tak faham kenapa orang tak berbuat baik terhadap sesama sendiri. Okay mungkin bukan TAK, tapi JARANG. Kenapa eh?

Okay, kita tolak tepi la benda benda yang besar yang mungkin orang fikir susah nak buat dan akan menyusahkan diri sendiri. kita tengok benda yang paling senang, yang paling murah-- tak perlu bayar dan kuasa yang paling power bagi seorang manusia; SENYUMAN.

Ya, isu ni memang dah selalu diperkatakan, diperbincangkan. Orang semua dah tahu fakta yang paling asas tentang senyum: Senyum itu sedekah. Simple je kan? semua orang tau. tapi berapa ramai je yang amalkan?

Senyum tu ada had atau ditetapkan pada siapa yang patut dan tidak patut kita senyum ke?
Contohnya;

  1. kita tengah moody atau banyak masalah, kita tak perlu senyum. malas. Tak rasa nak senyum.
  2. dengan orang yang kita tak kenal, buat apa nak senyum? nanti ingat gila pulak atau nanti ingat aku nak ngorat plak. hee! tak hingin.
  3. *tengah beli barang* atau *tengah tengok tengok barang* tetiba salesman/woman datang dan tegur. Siap tanya nak beli apa? ada apa boleh bantu? ada Jusco card? Ini sahaja? kalau beli ni...itu..ini..dapat diskaun sekian sekian sekian. Hmm.. apa yang dibuat? geleng, tarik muka. jawab soalan tanpa tengok muka atau mata orang yang bertanya. kenapa? rasa hebat sebab jadi pembeli dan mereka hanya pekerja? rasa tak layak nak dilayan elok elok?
Ini lah antara contoh-contoh yang aku boleh kongsi sebab dah memang SELALU berlaku depan mata. Mungkin awak awak dan awak juga pernah menyaksikan adegan ni atau awak sendiri yang melakukannya.

Kenapa eh jadi macam ni?

Susah ke nak senyum? Sorry, bunyi macam marah dan memaksa pulak.

Sejujurnya bukan niat aku untuk memarahi. Tapi rasa bersemangat nak tahu sebabnya.

Ada suatu hari tu, benda ni berlaku depan mata dan ia nya dilakukan oleh orang yang yang dekat dengan aku. Jadi apa lagi, aku rasa tak puas hati dan terus tanya dia untuk mendapatkan jawapan dan sebab nya--rasa ingin tahu membuak-buak.

"Wei, kau marah kat cashier tu ke?"

"tak ada lah. apesal aku nak marah pulak"

"mana la tau. kau tak senyum pun. Dia tegur pon kau buat tak layan je."

"Oh, alah. tak rasa nak senyum. nanti kalau buat buat senyum tak ikhlas pulak."

*aku diam*

Hemm.. nampak tak kat situ? Lagi satu alasan yang selalu aku dapat kalau aku tanyakan orang pasal benda ni. Tak senyum sebab tak ikhlas. Apa sebabnya tak ikhlas ni? okay, tu nanti yea.

Sekarang ni, biar aku tanya lagi.
Kalau kau fikir kau tak ada mood, kau ingat orang lain ada sangat ke mood nak tengok muka kau yang masam mencuka tu?
Kalau kau fikir hidup ni tengah susah, banyak masalah, serabut, rasa macam nak jadi the hulk bagai, ingat kau seorang je yang dilanda masalah? kau seorang je yang diberi ujian?
Kalau kau fikir kau penat kerja, jaga anak, jaga boyfriend/girlfriend, jaga studies or penat nak hidup, kau ingat orang lain tak kerja ke? tak berjaga tengah malam sebab nak kena belajar disiang hari dan kerja diwaktu malam dan berjaga lagi untuk siapkan kerja dan sebagainya.

Tak terfikir?

mungkin ini terlalu ekstrem dan jauh sangat untuk difikir. tapi, wajarkan?

Kita selalu fikir tentang kekurangan hidup kita, masalah kita dan kesedihan kita. Tapi tak terfikir ke tentang hidup orang lain yang mungkin sedang berperang bermati-matian tak kira lah dari segi mental atau fizikal.

Kita selalu fikir
'kisah apa aku pasal hidup dia? banyak lagi benda lain aku nak fikir'
'lantak dia lah. aku tak rugi apa pun.'
'biarlah, dia dah besar panjang. pandai-pandai dia lah'

ya, memang la tak masuk campur. siapalah kita nak menyibuk hal orang. Tapi, apa salahnya kita berbuat baik dan meringankan sedikit beban mereka dan celupkan sedikit senyuman manis kita pada kepala dan hati mereka yang sedang pahit tu? daripada kita membebankan mereka lagi dengan racun dan cuka kita kerana terlalu mementingkan diri sendiri dan tidak mengambil berat sesama insan.

Budaya senyum memang dah berkurangan. kalau senyum pon susah, bagi salam lagilah.
Tahu tak betapa besarnya impak senyum terhadap seseorang?

Senyum itu berjangkit.
Suatu perbuatan positif bagai tindak balas berantai. Dapat jugak memberi perasaan yang positif bagi mereka yang berduka, banyak masalah dan tengah tak ada mood.
Dengan senyuman pun boleh membuat hati seseorang itu tenang dan gembira.
Memberi semangat walaupun tak memberi kata-kata hikmat atau nasihat. Dengan senyum pon dah cukup. Apa salahnya kita hiburkan hati orang dan juga diri sendiri dengan senyuman. Kalau nak soalkan tentang keikhlasan, mari kita tengok balik niat kita.

Sebab ikhlas tu bukan pada kata atau bicara, tapi pada hati. Bukan antara kita dan manusia, tapi antara kita dan Allah.

Kenapa kita senyum? apa yang membuatkan kita senyum?
Kita betulkan niat kita dan mind-set kita.
Senyum itu sedekah, senyum itu dapat menggembirakan hati sendiri dan orang lain, senyum itu resepi bagi muka nampak muda, dengan senyum boleh dapatkan pahala, dengan senyum boleh mengubah dunia.

Kalau semua orang berfikiran positif dan tidak memikirkan tentang diri sendiri. InsyaAllah, dunia akan nampak lebih aman dan ceria.
Marilah kita senyum.

Tak kira lah pada orang yang kita kenal, tak kenal, Muslim , non-Muslim, kaya, miskin dan sebagainya.
Tak kira lah ketika kita sedang gembira, sedih, marah, ngantuk, moody, bermasalah dan sebagainya.
Senyum itu salah satu pengubat hati.

Siapa yang nak ubah dunia tu? Mari mulakan dengan senyuman :)

No comments:

Post a Comment