Wednesday 10 April 2013

Betul ke kau keseorangan?



*Tarik nafas*……. *Lepas*

Seperti biasa, aku rasa macam banyak je benda yang aku nak cakapkan, tapi semuanya seakan-akan tersekat di tengah jalan. Tapi insyaAllah, aku rasa yakin bahawa apa yang aku nak katakan akan disampaikan juga.

Apa yang aku nak cakapkan ni mungkin korang semua dah pernah dengar or dah baca banyak kali kat dalam majalah-majalah motivasi. Cuma apa yang membezakan sekarang ni adalah; aku tak akan menyatakan apa yang patut dan apa yang tak patut. Aku tak akan memberitahu fakta apa yang benar dan tidak benar. Tetapi aku akan berkongsikan apa yang aku tahu, apa yang aku lalui dan apa yang aku rasakan yang terbaik. Ya, kalau korang perasan, aku banyak menggunakan perkataan “aku”. Kenapa? Sebab aku yakin apa yang telah aku lalui dan apa yang telah berlaku disekeliling aku, korang semua dapat kaitkan dengan kehidupan korang atau orang sekeliling korang. Okay? Boleh? Oh, dan mungkin artikel ni akan banyak soalan dari pernyataan sebab aku nak kita sama-sama berfikir. 

Baiklah, seperti mana tajuk kita harini, itu juga soalan yang aku akan ajukan kepada korang. Betul ke kau keseorangan? Mungkin pada sesetengah orang, soalan ni tak ada kena mengena dengan dia sebab dia tak rasa pon dia keseorangan. Tapi aku percaya, ada beberapa ketika, dalam situasi tertentu, kau akan terasa korang keseorangan. 

Tapi betul ke? Betul ke kau keseorangan? Sekarang ni aku nak tanya pulak, kalau ya korang rasa korang keseorangan, korang keseorangan dari segi apa? Sebab tak ada siapa nak lepak ngan korang? Rasa cam kurang kasih sayang? Korang ada rasa macam tak ada siapa kisah pasal korang? Korang nak sangat ada orang untuk ambil berat pasal korang, nak tanya pasal makan minum kau, nak tau kau sihat ke tak, hidup kau macam mana. Macam tu ke?

Ahem. Hmmm.

Kita memang perlukan seseorang untuk ambil berat pasal kita. Tapi sampai tahap yang macam mana? Tak cukup ke kasih saying seorang ibu? Seorang bapa? Adik beradik atau kawan-kawan? Yang paling penting sekali, kasih saying Allah? Apa yang buat kau ragui tentang ni?

Aku cuma rasa sangat sedih sebab aku dah banyak kali saksikan dan jumpa orang yang sampai nak menyakiti diri sendiri dan juga cuba untuk bunuh diri sebab rasa diri dia tidak disayangi, rasa keseorangan di dunia ni dan rasa tak penting. Serious aku faham. Serious. Tapi sampai bila nak hidup dalam keadaan yang macam ni? Macam mana nak kecapi kebahagiaan? Haaaiizzz. 

Aku memang mempunyai ramai kawan yang memang suka sangat tanya benda pelik-pelik…

“Mat, kau pernah terfikir tak, bila kau mati nanti, ada orang tak yang akan menangis atas pemergian kau?”
“Mat, kenapa aku rasa lonely sangat?tak de sape nak kat aku ke? Aku tak penting ke kat dunia  ni?”
          “Ala, buat apa aku nak pergi/buat itu/buat ini/ kisah, aku bukannya penting pon. Malas la.”
          “Wei Mat, aku nak mati. Boleh? Aku dah tak larat”

Aku boleh pulak jadi stress sebab dengar benda-benda yang macam ni. Aku tak faham. Aku tak faham apa yang menyebabkan diorang berfikiran macam ni. Aku selalu tertanya-tanya, diorang yang berfikiran macam ni, hidup untuk apa eh? Apa sebab dan tujuan dia hidup sebenarnya. Ataupun dia sebenarnya tak tahu. Dia tetiba je lahir kat dunia ni dan selama ni dia hidup atas telunjuk orang. Orang kata itu ini, dia ikut dan tak pernah berfikir. Mungkin? Kita tak tahu kan. Dia teruskan hidup sebab ada orang untuk layan dia, untuk puji dia dan menjadi sebab dan semangat untuk dia teruskan hidup. Macam tu pun ada jugak kot kan? Jadikan manusia sebagai sumber semangat dan tujuan hidup. Jadi, lepas tibanya saat diorang untuk kembali kepada penciptanya, apa akan berlaku? Macam mana kau akan teruskan hidup? Cari orang baru untuk dijadikan nyawa kau? Cis. 

Tak pernah ke kita berfikir atau terfikir yang KITA TIDAK PERNAH KESEORANGAN? Tak kira dalam apa jua keadaan, dimana jua kita berada, apa jua perasaan kita, Allah sentiasa ada bersama kita. Dia berada di dalam diri kita sendiri. Tak cukup ke? Susah sangat ke untuk percaya? Kalau tak percaya, dimanakah iman kita? Iman. Percaya kepada apa yang kita tidak nampak, kita tidak boleh pegang, rasa dan dengar. Percaya. Susah sangat kah?


“ ....Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku, maka (beritahu kepada mereka)
  Sesungguhnya Aku ( Allah ) sentiasa hampir kepada mereka. Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa  apabila dia berdoa kepadaKu ”
surah al Baqarah ayat 186

 “You’re not lonely, you’re just alone.”

Setiap orang mungkin ada pandangan sendiri tentang ayat ini. Tapi cuba lihat dari sudut yang cenggini, Kau tidak rasa keseorangan, tapi kau sedang seorang. Faham tak rasa-rasa? Kau mungkin tengah duduk sorang-sorang, pergi sana-sini, buat itu ini sorang-sorang, tapi kau tak rasa keseorangan pon. Pernah rasa macam tu? Kau tidak bergantung kepada orang lain dan tidak menjadikan orang lain itu suatu sebab untuk kau mengaku kalah atau teruskan hidup atau jadikan seseorang tu sebab untuk kau melakukan sesuatu. Tak cukup bagus ke untuk kau jadikan Allah sebagai sebab utama kau hidup dan sebab kau membuat sesuatu perkara tu? Memang betul, kita hanya manusia, kita akan terjejas jugak dengan orang lain. Apa yang orang lain buat, apa yang diorang kata dan sebagainya. Tapi kita sebagai seorang manusai, kita ada pilihan. Kita sentiasa ada pilihan dan apabila kita membuat keputusan tu, kita sentiasa berfikir, apakah akibatnya kalau aku buat pilihan ni? Siapa yang akan terjejas? Betul tak apa yang aku buat ni? Tetapi selain daripada fikir orang itu atau orang ini akan restu atau approve tak pilihan ni, kenapa tak fikir ALLAH APPROVE TAK PILIHAN AKU NI? Ni keputusan yang betul tak pada mata Dia? Kenapa kita nak puaskan hati manusia lebih dari pencipta manusia tu sendiri? 

Aku pasti. Aku yakin. Kalau kau letakkan Allah sebagai tujuan hidup kau, insyaAllah. Kau akan bahagia di dunia dan akhirat. Pandai-pandai berfikir dan menilai sesuatu la. Tak semestinya kau letakkan Dia di tengah, kau kaburkan semua orang disekeliling kau. Islam ni agama yang indah. Allah menitik beratkan persaudaraan. Jangan tolak orang sekeliling kau sebab mereka jugak yang akan mengingatkan kau dan membantu kau untuk kembali kepada jalan Dia di saat kau lupa dan sesat. InsyaAllah.

Sekarang kau dah tahu kau hidup untuk apa? 

Mari sama-sama kita berfikir. Wallahualam.

2 comments:

  1. Walaupun post ni dah lama, it's very helpful to me. Thanks :)

    ReplyDelete
  2. thanks for this post brother/sister. bcoz it's really good experienced to share. :)))))

    ReplyDelete