*Tarik nafas*…….
*Lepas*
Seperti
biasa, aku rasa macam banyak je benda yang aku nak cakapkan, tapi semuanya
seakan-akan tersekat di tengah jalan. Tapi insyaAllah, aku rasa yakin bahawa
apa yang aku nak katakan akan disampaikan juga.
Apa
yang aku nak cakapkan ni mungkin korang semua dah pernah dengar or dah baca
banyak kali kat dalam majalah-majalah motivasi. Cuma apa yang membezakan
sekarang ni adalah; aku tak akan menyatakan apa yang patut dan apa yang tak
patut. Aku tak akan memberitahu fakta apa yang benar dan tidak benar. Tetapi
aku akan berkongsikan apa yang aku tahu, apa yang aku lalui dan apa yang aku
rasakan yang terbaik. Ya, kalau korang perasan, aku banyak menggunakan
perkataan “aku”. Kenapa? Sebab aku yakin apa yang telah aku lalui dan apa yang
telah berlaku disekeliling aku, korang semua dapat kaitkan dengan kehidupan
korang atau orang sekeliling korang. Okay? Boleh? Oh, dan mungkin artikel ni
akan banyak soalan dari pernyataan sebab aku nak kita sama-sama berfikir.
Baiklah,
seperti mana tajuk kita harini, itu juga soalan yang aku akan ajukan kepada
korang. Betul ke kau keseorangan? Mungkin pada sesetengah orang, soalan ni tak
ada kena mengena dengan dia sebab dia tak rasa pon dia keseorangan. Tapi aku percaya,
ada beberapa ketika, dalam situasi tertentu, kau akan terasa korang
keseorangan.
Tapi
betul ke? Betul ke kau keseorangan? Sekarang ni aku nak tanya pulak, kalau ya
korang rasa korang keseorangan, korang keseorangan dari segi apa? Sebab tak ada
siapa nak lepak ngan korang? Rasa cam kurang kasih sayang? Korang ada rasa
macam tak ada siapa kisah pasal korang? Korang nak sangat ada orang untuk ambil
berat pasal korang, nak tanya pasal makan minum kau, nak tau kau sihat ke tak,
hidup kau macam mana. Macam tu ke?
Ahem.
Hmmm.
Kita
memang perlukan seseorang untuk ambil berat pasal kita. Tapi sampai tahap yang
macam mana? Tak cukup ke kasih saying seorang ibu? Seorang bapa? Adik beradik
atau kawan-kawan? Yang paling penting sekali, kasih saying Allah? Apa yang buat
kau ragui tentang ni?
Aku
cuma rasa sangat sedih sebab aku dah banyak kali saksikan dan jumpa orang yang
sampai nak menyakiti diri sendiri dan juga cuba untuk bunuh diri sebab rasa
diri dia tidak disayangi, rasa keseorangan di dunia ni dan rasa tak penting.
Serious aku faham. Serious. Tapi sampai bila nak hidup dalam keadaan yang macam
ni? Macam mana nak kecapi kebahagiaan? Haaaiizzz.
Aku memang mempunyai ramai kawan
yang memang suka sangat tanya benda pelik-pelik…
“Mat, kau pernah terfikir tak,
bila kau mati nanti, ada orang tak yang akan menangis atas pemergian kau?”
“Mat, kenapa aku rasa lonely
sangat?tak de sape nak kat aku ke? Aku tak penting ke kat dunia ni?”
“Ala, buat apa aku nak pergi/buat itu/buat ini/
kisah, aku bukannya penting pon. Malas la.”
“Wei Mat, aku nak mati. Boleh? Aku dah tak larat”
Aku
boleh pulak jadi stress sebab dengar benda-benda yang macam ni. Aku tak faham.
Aku tak faham apa yang menyebabkan diorang berfikiran macam ni. Aku selalu
tertanya-tanya, diorang yang berfikiran macam ni, hidup untuk apa eh? Apa sebab
dan tujuan dia hidup sebenarnya. Ataupun dia sebenarnya tak tahu. Dia tetiba je
lahir kat dunia ni dan selama ni dia hidup atas telunjuk orang. Orang kata itu
ini, dia ikut dan tak pernah berfikir. Mungkin? Kita tak tahu kan. Dia teruskan
hidup sebab ada orang untuk layan dia, untuk puji dia dan menjadi sebab dan
semangat untuk dia teruskan hidup. Macam tu pun ada jugak kot kan? Jadikan
manusia sebagai sumber semangat dan tujuan hidup. Jadi, lepas tibanya saat
diorang untuk kembali kepada penciptanya, apa akan berlaku? Macam mana kau akan
teruskan hidup? Cari orang baru untuk dijadikan nyawa kau? Cis.
Tak
pernah ke kita berfikir atau terfikir yang KITA
TIDAK PERNAH KESEORANGAN? Tak kira dalam apa jua keadaan, dimana jua kita
berada, apa jua perasaan kita, Allah sentiasa ada bersama kita. Dia berada di
dalam diri kita sendiri. Tak cukup ke? Susah sangat ke untuk percaya? Kalau tak
percaya, dimanakah iman kita? Iman. Percaya kepada apa yang kita tidak nampak,
kita tidak boleh pegang, rasa dan dengar. Percaya. Susah sangat kah?
“ ....Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku, maka (beritahu kepada mereka)
Sesungguhnya Aku ( Allah ) sentiasa hampir kepada mereka. Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu ”
surah al Baqarah ayat
186
“You’re
not lonely, you’re just alone.”
Setiap
orang mungkin ada pandangan sendiri tentang ayat ini. Tapi cuba lihat dari
sudut yang cenggini, Kau tidak rasa keseorangan, tapi kau sedang seorang. Faham
tak rasa-rasa? Kau mungkin tengah duduk sorang-sorang, pergi sana-sini, buat
itu ini sorang-sorang, tapi kau tak rasa keseorangan pon. Pernah rasa macam tu?
Kau tidak bergantung kepada orang lain dan tidak menjadikan orang lain itu
suatu sebab untuk kau mengaku kalah atau teruskan hidup atau jadikan seseorang
tu sebab untuk kau melakukan sesuatu. Tak cukup bagus ke untuk kau jadikan
Allah sebagai sebab utama kau hidup dan sebab kau membuat sesuatu perkara tu?
Memang betul, kita hanya manusia, kita akan terjejas jugak dengan orang lain.
Apa yang orang lain buat, apa yang diorang kata dan sebagainya. Tapi kita
sebagai seorang manusai, kita ada pilihan. Kita sentiasa ada pilihan dan
apabila kita membuat keputusan tu, kita sentiasa berfikir, apakah akibatnya
kalau aku buat pilihan ni? Siapa yang akan terjejas? Betul tak apa yang aku
buat ni? Tetapi selain daripada fikir orang itu atau orang ini akan restu atau
approve tak pilihan ni, kenapa tak fikir ALLAH APPROVE TAK PILIHAN AKU NI? Ni
keputusan yang betul tak pada mata Dia? Kenapa kita nak puaskan hati manusia
lebih dari pencipta manusia tu sendiri?
Aku
pasti. Aku yakin. Kalau kau letakkan Allah sebagai tujuan hidup kau,
insyaAllah. Kau akan bahagia di dunia dan akhirat. Pandai-pandai berfikir dan
menilai sesuatu la. Tak semestinya kau letakkan Dia di tengah, kau kaburkan
semua orang disekeliling kau. Islam ni agama yang indah. Allah menitik beratkan
persaudaraan. Jangan tolak orang sekeliling kau sebab mereka jugak yang akan
mengingatkan kau dan membantu kau untuk kembali kepada jalan Dia di saat kau
lupa dan sesat. InsyaAllah.
Sekarang
kau dah tahu kau hidup untuk apa?
Mari
sama-sama kita berfikir. Wallahualam.