Wednesday 10 April 2013

Berdikari

Beberapa hari ni banyak benda yang buat aku terfikir fikir.
beberapa situasi, kata kata, perbualan yang buat aku tertanya tanya.
tapi semuanya dapat dikaitkan dengan satu perkataan- berdikari.

hheeemm. macam mana nak mulakan eh?
bagi aku, ramai je orang dalam hidup aku boleh dianggap sebagai orang yang berdikari. tapi dalam perkara yang berbeza.

1)  DUIT
Kalau pasal duit nie, memang banyak la kan contoh-contoh dan sebab kenapa ia nya penting. Tapi, lain orang, lain sebab dan ada jugak orang yang tak tahu kepentingan duit. Bak kata cikgu Aziz dulu, 'Duit bukan segalanya, tapi hampir segalanya'.
Duit memang penting, sebab tanpa duit, hidup kita terbatas. Tapi dengan duit, kita kena ada jugak ilmu. Kalau kau miskin macam mana pun, duit boleh dapat di mana-mana je kalau kau pandai dan bijak untuk mencarinya. Tapi, tengok lah, kalau ada rezeki tu ada lah kan.
Dengan ilmu, kau akan tahu apa itu betul dan apa itu salah. Jadi kau akan tahu duit itu adalah rezeki untuk dibelanjakan ke jalan Allah. Kau tak kan menyalah gunakkan nikmat dan rezeki yang tuhan bagi. Kalau kau gunakan duit itu dengan ilmu, InsyaAllah kau akan capai kebahagiaan dunia.--Teori aku.
Dengan kekayaan, tu kau kene sedar bahawa bila-bila masa sahaja Tuhan boleh tarik balik setiap kelebihan kau n kenikmatan kau yang Dia dah bagi dan tinggalkan kau tanpa apa-apa. Jadi, jangan bongkak, jangan riak dan jangan sombong.
--
Pada suatu hari, seorang gadis molek sedang teruja untuk mendapat gaji pertamanya. tetapi dia sering mengingatkan dirinya bahawa gajinya biasa-biasa sahaja. Jadi dia cuba untuk tidak meninggikan lagi harapannya. Dan hanya redha sahaja walaupun dia tahu nilai wang itu tidak setimpal dengan usahanya.
Hari selepas itu, dia begitu gembira sekali kerana gaji yang telah diperolehinya adalah berkali ganda nilainya dari sangkaannya. Dalam kegembiraan, gadis molek itu telah lupa akan apa itu syukur dan tawadduk. Bermegah-megahkan kertas wang ringgit pada muka muka ahli keluarganya. Mereka memang amat gembira dan bersyukur akan hasil dari usaha kerasnya tetapi dengan perubahan sikap gadis molek itu  telah mendatangkan perasaan tidak senang kepada ahli keluarganya. Mereka jelik dan dengki.
Ibunya sendiri telah menegurnya agar bersyukur dan simpan hasilnya elok2. Tetapi gadis molek itu hanya ketawa dan terus ketawa. Dia berkata bahawa dia ingin keluar dari rumah itu dan terus pergi berjimba hingga larut malam. Ibunya terasa. Meskipun itu hanyalah satu gurauan-- ianya cukup untuk membuat hati ibunya terguris. Ibunya pula dengan suara terketar ketar berkata "dengan jumlah gaji ini pun sudah cukup untuk membuat engkau lupa diri. Bila kau dapat nilai wang yang berkali lebih ganda dari ini, pasti jejak ke rumah ini pun kau tak mahu lagi."
gadis molek itu pon mengaku bahawa dia tidak hingin untuk kembali jika ianya betul berlaku dan dia teruskan ketawanya-- Walaupun ianya mungkin hanya satu gurauan tetapi aku pasti, ibunya terluka.

Mana pergi kesyukuran dan tawadduk?

--

Bagi seorang perempuan yang telah sama taraf dengan lelaki(hhmm.. betul ke ayat aku nie?), perempuan, lagi-lagi seorang ibu sekarang yang berkerjaya dan dapat digandingkan bersama lelaki dan menciptakan satu organisasi yang kukuh.
Tetapi ada juga perempuan yang di suruh oleh suaminya untuk berhenti dan menjaga anak -anak dirumah, ada juga yang terpaksa berhenti kerana suami yang sering berpindah randah kerana kerja nya. Tetapi adakah ini satu alasan untuk seorang perempuan yang sudah mendirikan rumah tangga untuk tidak berkerja?
ada satu lagi cerita--
seorang anak baru mula untuk bekerja part-time untuk mengumpul sedikit duit sebelum melanjutkan pelajaran. Sedang rancak berbual tentang duit dan kerjaya, ibunya-yang merupakan seorang suri rumah telah menasihatkan anaknya itu untuk belajar rajin-rajin dan bekerja pekerjaan yang bagus seterusnya menabung duit. Tetapi anak itu menjawab bahawa dia tidak rancang untuk bekerja dengan serious kerana dia ingin menjadi suri rumah seperti ibunya. Pada saat itu juga wajah ibunya berubah. Dia bertanya pada anaknya "kamu taknak simpan duit ke, untuk sara hidup kamu?" anaknya pula menjawab, "yela, sekarang la nak simpan duit, nanti dah kahwin nanti suami kan ada. Dia support la sara hidup." Ibunya menjadi risau. Dia berkata "Memang la suami kamu akan support kamu, dia bertanggungjawab untuk memberi kamu nafkah and all that but tak kan kamu nak harapkan suami kamu je? duit yang dia bagi tu guna la untuk rumah, barang keperluan semua tapi duit yang kamu dapat bila kerja tu duit KAMU. Kamu guna duit tu. Bila-bila kamu rasa nak beli itu, beli ini, kamu dah la kuat shopping, nak guna duit suami kamu jugak ke?" Panjang ibu nya balas. Si anak itu hanya mendiamkan diri.
Betulkan?

Masa sekarang banyak perkara ini jugak berlaku. Tak pernah ke terfikir bahawa seorang suri rumah itu juga teringin untuk bekerja dan ada cita-cita suatu ketika dahulu dan terpaksa di korbankan. Sekarang mungkin dia terfikir bahawa dia boleh memberi lebih banyak dan hidup yang lebih senang kepada anak-anaknya jika dia terus mengejar cita-citanya dan bekerja.
Jangan terlalu berfikir bahawa ibu yang bekerja tidak dapat mendidik anak-anak nya. Itu bukan salah kerjaya. tetapi salah ibu bapa sendiri yang tidak pandai menguruskan masa dan tidak tahu keutamaan dan kepentingan di dalam hidup mereka.

Selesai tentang duit? ye kot?

2) PENGALAMAN
Apa itu ketakutan? apa itu kerisauan?

Baru tadi jiran baru aku kata, pengalaman itu penting. Kalau kita tak berani untuk mencuba sesuatu, kita akan terus berada dalam keadaan yang ketakutan-- Aku sangat setuju.
aku telah melaluinya dan masih lagi melaluinya. ketakutan dan kerisauan yang datang sekali dengan kematangan kita. Setiap perkara yang kita telah lalui adalah satu pengajaran dan akan membuat kita lebih matang dan...berdikari. Kita akan tahu apakah yang mungkin berlaku dan kita belajar untuk bertawakkal dan redha.  Kita juga dapat belajar tentang kelemahan kita.
Cuba bayangkan jika kau ada parents or friends yang sangat risau dan takut untuk anak2 mereka atau diri sendiri naik bas atau duduk asrama atau duduk berjauhan...blaa...blaa.... mereka takut ada perkara-perkara buruk berlaku- Nauzubillah.
tetapi selagi kita tak cuba, kita tak tahu. ya, betul, malang tidak berbau. tetapi tak semestinya ianya hanya pada bas, atau asrama atau apabila berjauhan. kadang-kadang perkara buruk boleh berlaku di depan mata, di dalam rumah sendiri, di dalam bilik sendiri, bersama keluarga sendiri-- Nauzubillah.
Jadi, apa masalahnya?
Terlalu risau dan terlalu takut adalah seperti kau tidak percayakan Allah. Tak percaya yang Dia sentiasa  bersama dengan kita dan akan melindungi kita. Teori aku lagi-- Benda buruk akan berlaku pada kita jika kita lupa tentang Dia. Sebab Dia nak ingatkan kita untuk ingat kat Dia. hmm.. make sense tak? haa, lebih kurang macam tu la.

Jadi. Marilah kita sama-sama belajar untuk berdikari.

No comments:

Post a Comment