Wednesday 10 April 2013

Betul ke kau keseorangan?



*Tarik nafas*……. *Lepas*

Seperti biasa, aku rasa macam banyak je benda yang aku nak cakapkan, tapi semuanya seakan-akan tersekat di tengah jalan. Tapi insyaAllah, aku rasa yakin bahawa apa yang aku nak katakan akan disampaikan juga.

Apa yang aku nak cakapkan ni mungkin korang semua dah pernah dengar or dah baca banyak kali kat dalam majalah-majalah motivasi. Cuma apa yang membezakan sekarang ni adalah; aku tak akan menyatakan apa yang patut dan apa yang tak patut. Aku tak akan memberitahu fakta apa yang benar dan tidak benar. Tetapi aku akan berkongsikan apa yang aku tahu, apa yang aku lalui dan apa yang aku rasakan yang terbaik. Ya, kalau korang perasan, aku banyak menggunakan perkataan “aku”. Kenapa? Sebab aku yakin apa yang telah aku lalui dan apa yang telah berlaku disekeliling aku, korang semua dapat kaitkan dengan kehidupan korang atau orang sekeliling korang. Okay? Boleh? Oh, dan mungkin artikel ni akan banyak soalan dari pernyataan sebab aku nak kita sama-sama berfikir. 

Baiklah, seperti mana tajuk kita harini, itu juga soalan yang aku akan ajukan kepada korang. Betul ke kau keseorangan? Mungkin pada sesetengah orang, soalan ni tak ada kena mengena dengan dia sebab dia tak rasa pon dia keseorangan. Tapi aku percaya, ada beberapa ketika, dalam situasi tertentu, kau akan terasa korang keseorangan. 

Tapi betul ke? Betul ke kau keseorangan? Sekarang ni aku nak tanya pulak, kalau ya korang rasa korang keseorangan, korang keseorangan dari segi apa? Sebab tak ada siapa nak lepak ngan korang? Rasa cam kurang kasih sayang? Korang ada rasa macam tak ada siapa kisah pasal korang? Korang nak sangat ada orang untuk ambil berat pasal korang, nak tanya pasal makan minum kau, nak tau kau sihat ke tak, hidup kau macam mana. Macam tu ke?

Ahem. Hmmm.

Kita memang perlukan seseorang untuk ambil berat pasal kita. Tapi sampai tahap yang macam mana? Tak cukup ke kasih saying seorang ibu? Seorang bapa? Adik beradik atau kawan-kawan? Yang paling penting sekali, kasih saying Allah? Apa yang buat kau ragui tentang ni?

Aku cuma rasa sangat sedih sebab aku dah banyak kali saksikan dan jumpa orang yang sampai nak menyakiti diri sendiri dan juga cuba untuk bunuh diri sebab rasa diri dia tidak disayangi, rasa keseorangan di dunia ni dan rasa tak penting. Serious aku faham. Serious. Tapi sampai bila nak hidup dalam keadaan yang macam ni? Macam mana nak kecapi kebahagiaan? Haaaiizzz. 

Aku memang mempunyai ramai kawan yang memang suka sangat tanya benda pelik-pelik…

“Mat, kau pernah terfikir tak, bila kau mati nanti, ada orang tak yang akan menangis atas pemergian kau?”
“Mat, kenapa aku rasa lonely sangat?tak de sape nak kat aku ke? Aku tak penting ke kat dunia  ni?”
          “Ala, buat apa aku nak pergi/buat itu/buat ini/ kisah, aku bukannya penting pon. Malas la.”
          “Wei Mat, aku nak mati. Boleh? Aku dah tak larat”

Aku boleh pulak jadi stress sebab dengar benda-benda yang macam ni. Aku tak faham. Aku tak faham apa yang menyebabkan diorang berfikiran macam ni. Aku selalu tertanya-tanya, diorang yang berfikiran macam ni, hidup untuk apa eh? Apa sebab dan tujuan dia hidup sebenarnya. Ataupun dia sebenarnya tak tahu. Dia tetiba je lahir kat dunia ni dan selama ni dia hidup atas telunjuk orang. Orang kata itu ini, dia ikut dan tak pernah berfikir. Mungkin? Kita tak tahu kan. Dia teruskan hidup sebab ada orang untuk layan dia, untuk puji dia dan menjadi sebab dan semangat untuk dia teruskan hidup. Macam tu pun ada jugak kot kan? Jadikan manusia sebagai sumber semangat dan tujuan hidup. Jadi, lepas tibanya saat diorang untuk kembali kepada penciptanya, apa akan berlaku? Macam mana kau akan teruskan hidup? Cari orang baru untuk dijadikan nyawa kau? Cis. 

Tak pernah ke kita berfikir atau terfikir yang KITA TIDAK PERNAH KESEORANGAN? Tak kira dalam apa jua keadaan, dimana jua kita berada, apa jua perasaan kita, Allah sentiasa ada bersama kita. Dia berada di dalam diri kita sendiri. Tak cukup ke? Susah sangat ke untuk percaya? Kalau tak percaya, dimanakah iman kita? Iman. Percaya kepada apa yang kita tidak nampak, kita tidak boleh pegang, rasa dan dengar. Percaya. Susah sangat kah?


“ ....Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku, maka (beritahu kepada mereka)
  Sesungguhnya Aku ( Allah ) sentiasa hampir kepada mereka. Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa  apabila dia berdoa kepadaKu ”
surah al Baqarah ayat 186

 “You’re not lonely, you’re just alone.”

Setiap orang mungkin ada pandangan sendiri tentang ayat ini. Tapi cuba lihat dari sudut yang cenggini, Kau tidak rasa keseorangan, tapi kau sedang seorang. Faham tak rasa-rasa? Kau mungkin tengah duduk sorang-sorang, pergi sana-sini, buat itu ini sorang-sorang, tapi kau tak rasa keseorangan pon. Pernah rasa macam tu? Kau tidak bergantung kepada orang lain dan tidak menjadikan orang lain itu suatu sebab untuk kau mengaku kalah atau teruskan hidup atau jadikan seseorang tu sebab untuk kau melakukan sesuatu. Tak cukup bagus ke untuk kau jadikan Allah sebagai sebab utama kau hidup dan sebab kau membuat sesuatu perkara tu? Memang betul, kita hanya manusia, kita akan terjejas jugak dengan orang lain. Apa yang orang lain buat, apa yang diorang kata dan sebagainya. Tapi kita sebagai seorang manusai, kita ada pilihan. Kita sentiasa ada pilihan dan apabila kita membuat keputusan tu, kita sentiasa berfikir, apakah akibatnya kalau aku buat pilihan ni? Siapa yang akan terjejas? Betul tak apa yang aku buat ni? Tetapi selain daripada fikir orang itu atau orang ini akan restu atau approve tak pilihan ni, kenapa tak fikir ALLAH APPROVE TAK PILIHAN AKU NI? Ni keputusan yang betul tak pada mata Dia? Kenapa kita nak puaskan hati manusia lebih dari pencipta manusia tu sendiri? 

Aku pasti. Aku yakin. Kalau kau letakkan Allah sebagai tujuan hidup kau, insyaAllah. Kau akan bahagia di dunia dan akhirat. Pandai-pandai berfikir dan menilai sesuatu la. Tak semestinya kau letakkan Dia di tengah, kau kaburkan semua orang disekeliling kau. Islam ni agama yang indah. Allah menitik beratkan persaudaraan. Jangan tolak orang sekeliling kau sebab mereka jugak yang akan mengingatkan kau dan membantu kau untuk kembali kepada jalan Dia di saat kau lupa dan sesat. InsyaAllah.

Sekarang kau dah tahu kau hidup untuk apa? 

Mari sama-sama kita berfikir. Wallahualam.

A Window to Another World

Ha, tajuk bukan main English, tapi isinya Bahasa Melayu(Malaysia?) haha. Tak kisah kan? Eh kisah ke? ala, kalau kisah pon sila tak kisahkan jugak sebab itu bukan sebab utama entri ni.

Soalan aku sekarang ni,

"Dunia yang kau hidup sekarang ni di dalam kereta atau di luar kereta?" 

Aku dah lama perhatikan gelagat-gelagat manusia yang selalu sangaaaaaaaaatttt buang sampah ke luar kereta. Entah dari mana datang keseronokan atau kepuasan diorang dengan buang sampah merata-rata ni . Aku perhatikan je. Mereka turunkan tingkap dan *sshhuuuwww* berterbanglah sampah sampah kat luar. kalau daun daun yang berterbangan tu memang pasti lawa laa. tapi ni bila nampak sampah (contoh; tisu, plastik, kertas, tin, kotak air.. dll.) yang terbang, hamboi memang pedih betul mata. hati pun rasa terbakar. bahang sampai ke telinga! ..... Huwah, dramatik gitu, tapi aku memang tengah serius ni. 

Orang selalu membandingkan kebersihan negara kita  dengan negara-negara lain. Nak sangat negara kita jadi macam diorang tapi benda kecik macam ni tak boleh handle.

"Ala, benda kecik je pon, pembalut lolipop/gula- gula/chewing gum/ blaa blaaa  je. nanti ada la pekerja-pekerja kutip"

"Malas la nak biar sampah lama-lama dalam kereta ni, buat semak je. Buang terus, senang."

Hahahahahahahahahahaaa!!! serius aku tak tahu nak kata apa. aku rasa bengang sampai tak tahu nak kata dan buat apa. Gelak je yang aku mampu buat. Sebab percayalah aku dah cuba bagitahu yang tak elok buang sampah luar kereta, boleh menyebabkan kemalangan, pencemaran.. dan lagi obvious memang bagi environment nampak buruk. Aku ada sampai tahap rampas sampah kat tangan orang tu dan sumbat masuk beg aku. Bila dah sampai, aku terus carik tong sampah. Tak susah sebenarnya.

Yang kelakarnya, sampah yang kecik-kecik tu, kalau dah selalu buang dan dengan kadar yang banyak, akan jadi sampah yang besar jugak.  Dosa kecik bila dibuat selalu jadi dosa besar jugak. sedikit demi sedikit, lama-lama jadi bukit.Ha, macam tu la. Unless kau beristighfar dan tak ulanginya lagi. Amar makhruf nahi munkar. kan?

Lagi lagi bagi mereka yang tak nak simpan sampah dalam kereta sebab tak nak semak, habis tu tanah dimana kau akan ditanam nanti tak semak pulak? (hamboi kasar pulak) kau akan berjalan kat atas tanah jugak, bawak kereta mahal kau atas jalan jugak. Kalau benda tu berterbangan dan melekat kat tayar bagai, tak rimas ke? tak semak ke? Jaga kebersihan. Simple as that.

Ada sekali kawan aku cakap kat aku..

"Hmm..kalau lah semua orang cam kau ni Mat, the world would be a better place"
 

Walaupun secara jujurnya aku tak berapa paham sangat kaitan dia, tapi aku cuba jugak paham dan aku rasa macam... dunia ni bukan perlukan lebih banyak orang macam aku sebab aku ni siapa je. diorang hanya perlu jadi insan yang kisah, peduli dan ambil berat. tu je. 


Kereta, letak tong sampah kecil. celah mana mana pun tak apa. Bila dah penuh, buang dalam tong sampah. atau kalau bersihkan kereta setiap hari jumaat, then bersihkan sekali sampah sampah dalam kereta tu kalau rasa semak dan rimas sangat. 

 Perubahan bermula dari diri sendiri. Ni peringatan untuk aku sekali.

Siapa lagi nak jaga alam sekitar kita kalau bukan kita sendiri? Siapa lagi yang patut hargai alam sekitar kita kalau bukan kita sendiri?

Jangan kita mensia-siakan nikmat Allah. Kita patut bersyukur dengan apa yang kita ada sekarang. Kita suka sangat banding-bandingkan negara kita dengan negara-negara yang maju sampai nampakkan kelemahan dan kekurangan kita. Kali ini, cuba bandingkan negara kita dengan negara-negara yang sedang terseksa dan yang serba berkurangan. Mari bersyukur dan menghargai, mari saling menjaga, melindungi, menyayangi dan sama-sama doakan saudara-saudara kita dalam kesusahan. 

That's not too much to ask right? 

Isu Sedap Mata Memandang

Baru baru tadi aku baca satu entri yang agak menarik dari Lady Noe tentang isu ni (bukan isu sangat pon) tapi cukup untuk buat aku berfikir la.

Aku pun pernah fikir pasal benda ni-- tapi dulu la dan pendapat seseorang boleh berubah kan?

Dan konklusi yang dapat aku buat adalah 'sedap mata memandang' ni.. sorry, switch bahasa jap- it depends on how you SEE that person(not physically) and HOW or WHAT you think of them.

Huraian:
semuanya mula dari 'first impression'. dari first impression tu, kita selalunya AKAN judge or menilai orang tu to make up their character and try to figure out if they are safe to be friends with or if they are the kind of person to be avoid. Dan selalunya kita akan menilai dari segi fizikal dulu- cara pemakaian, muka, tingkah laku... blaa..blaa.. blaa...

Tapi kita semuanya tahu yang bukan semua yang kita nilai itu betul dan ya, we often get our first impression wrong. kita tengok muka dia cam garang, ego dan sebagainya tapi bila kita kenal betul betul orang nya, bila kita lihat riak wajah dari setiap emosi yang berbeza, ianya berubah. jika orang itu mempunyai personaliti yang baik, menenangkan dan sebagainya memang kita lihat dia sebagai 'sedap mata memandang' lah kan? sebab riak wajah yang bersinar sinar, senyuman manis dan sebagainya lagi lagi kita memang senang untuk rapat dengan dia, kita rasa selesa.

Tapi... tapi.... contoh la kalau muka dia memang cantik bak goddess tak kira la perangai macam taik ke apa la kann~~ bila gaduh atau dia buat taik or blaa..blaa...blaaa.. aku tak RASA yang kita akan fikir tentang rupa die, kita tengok muka dia pon kita bukan nya fikir 'woww,, cantik nya dia, tak pe, aku maafkan' i don't think so, kita mesti fikir pasal the mistake yang dia buat or masalah atau topik yang deperbincangkan tadi, kalau betul la hati tetiba sejuk or tetiba dia cool down or something, mungkin die fikir tentang all the memories together dan tak sampai hati untuk marah lebih lebih or thinking about all the bad things that will happen kalau pergaduhan tu berlarutan or lagi logik dia fikir tuhan. kan?

Jadi aku rasa, kalau kau betul betul sayangkan orang tu tak kisah la dari segi persahabatan, kekeluargaan atau berkasih kasih ni, kalau BETUL BETUL SAYANG, apa je kecacatan fizikal tak kira la muka, badan, rambut or even bad habits yang obvious tak akan jadi masalah untuk kau dan insyaAllah semuanya sedap mata memandang. :)

Berdikari

Beberapa hari ni banyak benda yang buat aku terfikir fikir.
beberapa situasi, kata kata, perbualan yang buat aku tertanya tanya.
tapi semuanya dapat dikaitkan dengan satu perkataan- berdikari.

hheeemm. macam mana nak mulakan eh?
bagi aku, ramai je orang dalam hidup aku boleh dianggap sebagai orang yang berdikari. tapi dalam perkara yang berbeza.

1)  DUIT
Kalau pasal duit nie, memang banyak la kan contoh-contoh dan sebab kenapa ia nya penting. Tapi, lain orang, lain sebab dan ada jugak orang yang tak tahu kepentingan duit. Bak kata cikgu Aziz dulu, 'Duit bukan segalanya, tapi hampir segalanya'.
Duit memang penting, sebab tanpa duit, hidup kita terbatas. Tapi dengan duit, kita kena ada jugak ilmu. Kalau kau miskin macam mana pun, duit boleh dapat di mana-mana je kalau kau pandai dan bijak untuk mencarinya. Tapi, tengok lah, kalau ada rezeki tu ada lah kan.
Dengan ilmu, kau akan tahu apa itu betul dan apa itu salah. Jadi kau akan tahu duit itu adalah rezeki untuk dibelanjakan ke jalan Allah. Kau tak kan menyalah gunakkan nikmat dan rezeki yang tuhan bagi. Kalau kau gunakan duit itu dengan ilmu, InsyaAllah kau akan capai kebahagiaan dunia.--Teori aku.
Dengan kekayaan, tu kau kene sedar bahawa bila-bila masa sahaja Tuhan boleh tarik balik setiap kelebihan kau n kenikmatan kau yang Dia dah bagi dan tinggalkan kau tanpa apa-apa. Jadi, jangan bongkak, jangan riak dan jangan sombong.
--
Pada suatu hari, seorang gadis molek sedang teruja untuk mendapat gaji pertamanya. tetapi dia sering mengingatkan dirinya bahawa gajinya biasa-biasa sahaja. Jadi dia cuba untuk tidak meninggikan lagi harapannya. Dan hanya redha sahaja walaupun dia tahu nilai wang itu tidak setimpal dengan usahanya.
Hari selepas itu, dia begitu gembira sekali kerana gaji yang telah diperolehinya adalah berkali ganda nilainya dari sangkaannya. Dalam kegembiraan, gadis molek itu telah lupa akan apa itu syukur dan tawadduk. Bermegah-megahkan kertas wang ringgit pada muka muka ahli keluarganya. Mereka memang amat gembira dan bersyukur akan hasil dari usaha kerasnya tetapi dengan perubahan sikap gadis molek itu  telah mendatangkan perasaan tidak senang kepada ahli keluarganya. Mereka jelik dan dengki.
Ibunya sendiri telah menegurnya agar bersyukur dan simpan hasilnya elok2. Tetapi gadis molek itu hanya ketawa dan terus ketawa. Dia berkata bahawa dia ingin keluar dari rumah itu dan terus pergi berjimba hingga larut malam. Ibunya terasa. Meskipun itu hanyalah satu gurauan-- ianya cukup untuk membuat hati ibunya terguris. Ibunya pula dengan suara terketar ketar berkata "dengan jumlah gaji ini pun sudah cukup untuk membuat engkau lupa diri. Bila kau dapat nilai wang yang berkali lebih ganda dari ini, pasti jejak ke rumah ini pun kau tak mahu lagi."
gadis molek itu pon mengaku bahawa dia tidak hingin untuk kembali jika ianya betul berlaku dan dia teruskan ketawanya-- Walaupun ianya mungkin hanya satu gurauan tetapi aku pasti, ibunya terluka.

Mana pergi kesyukuran dan tawadduk?

--

Bagi seorang perempuan yang telah sama taraf dengan lelaki(hhmm.. betul ke ayat aku nie?), perempuan, lagi-lagi seorang ibu sekarang yang berkerjaya dan dapat digandingkan bersama lelaki dan menciptakan satu organisasi yang kukuh.
Tetapi ada juga perempuan yang di suruh oleh suaminya untuk berhenti dan menjaga anak -anak dirumah, ada juga yang terpaksa berhenti kerana suami yang sering berpindah randah kerana kerja nya. Tetapi adakah ini satu alasan untuk seorang perempuan yang sudah mendirikan rumah tangga untuk tidak berkerja?
ada satu lagi cerita--
seorang anak baru mula untuk bekerja part-time untuk mengumpul sedikit duit sebelum melanjutkan pelajaran. Sedang rancak berbual tentang duit dan kerjaya, ibunya-yang merupakan seorang suri rumah telah menasihatkan anaknya itu untuk belajar rajin-rajin dan bekerja pekerjaan yang bagus seterusnya menabung duit. Tetapi anak itu menjawab bahawa dia tidak rancang untuk bekerja dengan serious kerana dia ingin menjadi suri rumah seperti ibunya. Pada saat itu juga wajah ibunya berubah. Dia bertanya pada anaknya "kamu taknak simpan duit ke, untuk sara hidup kamu?" anaknya pula menjawab, "yela, sekarang la nak simpan duit, nanti dah kahwin nanti suami kan ada. Dia support la sara hidup." Ibunya menjadi risau. Dia berkata "Memang la suami kamu akan support kamu, dia bertanggungjawab untuk memberi kamu nafkah and all that but tak kan kamu nak harapkan suami kamu je? duit yang dia bagi tu guna la untuk rumah, barang keperluan semua tapi duit yang kamu dapat bila kerja tu duit KAMU. Kamu guna duit tu. Bila-bila kamu rasa nak beli itu, beli ini, kamu dah la kuat shopping, nak guna duit suami kamu jugak ke?" Panjang ibu nya balas. Si anak itu hanya mendiamkan diri.
Betulkan?

Masa sekarang banyak perkara ini jugak berlaku. Tak pernah ke terfikir bahawa seorang suri rumah itu juga teringin untuk bekerja dan ada cita-cita suatu ketika dahulu dan terpaksa di korbankan. Sekarang mungkin dia terfikir bahawa dia boleh memberi lebih banyak dan hidup yang lebih senang kepada anak-anaknya jika dia terus mengejar cita-citanya dan bekerja.
Jangan terlalu berfikir bahawa ibu yang bekerja tidak dapat mendidik anak-anak nya. Itu bukan salah kerjaya. tetapi salah ibu bapa sendiri yang tidak pandai menguruskan masa dan tidak tahu keutamaan dan kepentingan di dalam hidup mereka.

Selesai tentang duit? ye kot?

2) PENGALAMAN
Apa itu ketakutan? apa itu kerisauan?

Baru tadi jiran baru aku kata, pengalaman itu penting. Kalau kita tak berani untuk mencuba sesuatu, kita akan terus berada dalam keadaan yang ketakutan-- Aku sangat setuju.
aku telah melaluinya dan masih lagi melaluinya. ketakutan dan kerisauan yang datang sekali dengan kematangan kita. Setiap perkara yang kita telah lalui adalah satu pengajaran dan akan membuat kita lebih matang dan...berdikari. Kita akan tahu apakah yang mungkin berlaku dan kita belajar untuk bertawakkal dan redha.  Kita juga dapat belajar tentang kelemahan kita.
Cuba bayangkan jika kau ada parents or friends yang sangat risau dan takut untuk anak2 mereka atau diri sendiri naik bas atau duduk asrama atau duduk berjauhan...blaa...blaa.... mereka takut ada perkara-perkara buruk berlaku- Nauzubillah.
tetapi selagi kita tak cuba, kita tak tahu. ya, betul, malang tidak berbau. tetapi tak semestinya ianya hanya pada bas, atau asrama atau apabila berjauhan. kadang-kadang perkara buruk boleh berlaku di depan mata, di dalam rumah sendiri, di dalam bilik sendiri, bersama keluarga sendiri-- Nauzubillah.
Jadi, apa masalahnya?
Terlalu risau dan terlalu takut adalah seperti kau tidak percayakan Allah. Tak percaya yang Dia sentiasa  bersama dengan kita dan akan melindungi kita. Teori aku lagi-- Benda buruk akan berlaku pada kita jika kita lupa tentang Dia. Sebab Dia nak ingatkan kita untuk ingat kat Dia. hmm.. make sense tak? haa, lebih kurang macam tu la.

Jadi. Marilah kita sama-sama belajar untuk berdikari.

One good deed goes a long way.

Aku tak faham kenapa orang tak berbuat baik terhadap sesama sendiri. Okay mungkin bukan TAK, tapi JARANG. Kenapa eh?

Okay, kita tolak tepi la benda benda yang besar yang mungkin orang fikir susah nak buat dan akan menyusahkan diri sendiri. kita tengok benda yang paling senang, yang paling murah-- tak perlu bayar dan kuasa yang paling power bagi seorang manusia; SENYUMAN.

Ya, isu ni memang dah selalu diperkatakan, diperbincangkan. Orang semua dah tahu fakta yang paling asas tentang senyum: Senyum itu sedekah. Simple je kan? semua orang tau. tapi berapa ramai je yang amalkan?

Senyum tu ada had atau ditetapkan pada siapa yang patut dan tidak patut kita senyum ke?
Contohnya;

  1. kita tengah moody atau banyak masalah, kita tak perlu senyum. malas. Tak rasa nak senyum.
  2. dengan orang yang kita tak kenal, buat apa nak senyum? nanti ingat gila pulak atau nanti ingat aku nak ngorat plak. hee! tak hingin.
  3. *tengah beli barang* atau *tengah tengok tengok barang* tetiba salesman/woman datang dan tegur. Siap tanya nak beli apa? ada apa boleh bantu? ada Jusco card? Ini sahaja? kalau beli ni...itu..ini..dapat diskaun sekian sekian sekian. Hmm.. apa yang dibuat? geleng, tarik muka. jawab soalan tanpa tengok muka atau mata orang yang bertanya. kenapa? rasa hebat sebab jadi pembeli dan mereka hanya pekerja? rasa tak layak nak dilayan elok elok?
Ini lah antara contoh-contoh yang aku boleh kongsi sebab dah memang SELALU berlaku depan mata. Mungkin awak awak dan awak juga pernah menyaksikan adegan ni atau awak sendiri yang melakukannya.

Kenapa eh jadi macam ni?

Susah ke nak senyum? Sorry, bunyi macam marah dan memaksa pulak.

Sejujurnya bukan niat aku untuk memarahi. Tapi rasa bersemangat nak tahu sebabnya.

Ada suatu hari tu, benda ni berlaku depan mata dan ia nya dilakukan oleh orang yang yang dekat dengan aku. Jadi apa lagi, aku rasa tak puas hati dan terus tanya dia untuk mendapatkan jawapan dan sebab nya--rasa ingin tahu membuak-buak.

"Wei, kau marah kat cashier tu ke?"

"tak ada lah. apesal aku nak marah pulak"

"mana la tau. kau tak senyum pun. Dia tegur pon kau buat tak layan je."

"Oh, alah. tak rasa nak senyum. nanti kalau buat buat senyum tak ikhlas pulak."

*aku diam*

Hemm.. nampak tak kat situ? Lagi satu alasan yang selalu aku dapat kalau aku tanyakan orang pasal benda ni. Tak senyum sebab tak ikhlas. Apa sebabnya tak ikhlas ni? okay, tu nanti yea.

Sekarang ni, biar aku tanya lagi.
Kalau kau fikir kau tak ada mood, kau ingat orang lain ada sangat ke mood nak tengok muka kau yang masam mencuka tu?
Kalau kau fikir hidup ni tengah susah, banyak masalah, serabut, rasa macam nak jadi the hulk bagai, ingat kau seorang je yang dilanda masalah? kau seorang je yang diberi ujian?
Kalau kau fikir kau penat kerja, jaga anak, jaga boyfriend/girlfriend, jaga studies or penat nak hidup, kau ingat orang lain tak kerja ke? tak berjaga tengah malam sebab nak kena belajar disiang hari dan kerja diwaktu malam dan berjaga lagi untuk siapkan kerja dan sebagainya.

Tak terfikir?

mungkin ini terlalu ekstrem dan jauh sangat untuk difikir. tapi, wajarkan?

Kita selalu fikir tentang kekurangan hidup kita, masalah kita dan kesedihan kita. Tapi tak terfikir ke tentang hidup orang lain yang mungkin sedang berperang bermati-matian tak kira lah dari segi mental atau fizikal.

Kita selalu fikir
'kisah apa aku pasal hidup dia? banyak lagi benda lain aku nak fikir'
'lantak dia lah. aku tak rugi apa pun.'
'biarlah, dia dah besar panjang. pandai-pandai dia lah'

ya, memang la tak masuk campur. siapalah kita nak menyibuk hal orang. Tapi, apa salahnya kita berbuat baik dan meringankan sedikit beban mereka dan celupkan sedikit senyuman manis kita pada kepala dan hati mereka yang sedang pahit tu? daripada kita membebankan mereka lagi dengan racun dan cuka kita kerana terlalu mementingkan diri sendiri dan tidak mengambil berat sesama insan.

Budaya senyum memang dah berkurangan. kalau senyum pon susah, bagi salam lagilah.
Tahu tak betapa besarnya impak senyum terhadap seseorang?

Senyum itu berjangkit.
Suatu perbuatan positif bagai tindak balas berantai. Dapat jugak memberi perasaan yang positif bagi mereka yang berduka, banyak masalah dan tengah tak ada mood.
Dengan senyuman pun boleh membuat hati seseorang itu tenang dan gembira.
Memberi semangat walaupun tak memberi kata-kata hikmat atau nasihat. Dengan senyum pon dah cukup. Apa salahnya kita hiburkan hati orang dan juga diri sendiri dengan senyuman. Kalau nak soalkan tentang keikhlasan, mari kita tengok balik niat kita.

Sebab ikhlas tu bukan pada kata atau bicara, tapi pada hati. Bukan antara kita dan manusia, tapi antara kita dan Allah.

Kenapa kita senyum? apa yang membuatkan kita senyum?
Kita betulkan niat kita dan mind-set kita.
Senyum itu sedekah, senyum itu dapat menggembirakan hati sendiri dan orang lain, senyum itu resepi bagi muka nampak muda, dengan senyum boleh dapatkan pahala, dengan senyum boleh mengubah dunia.

Kalau semua orang berfikiran positif dan tidak memikirkan tentang diri sendiri. InsyaAllah, dunia akan nampak lebih aman dan ceria.
Marilah kita senyum.

Tak kira lah pada orang yang kita kenal, tak kenal, Muslim , non-Muslim, kaya, miskin dan sebagainya.
Tak kira lah ketika kita sedang gembira, sedih, marah, ngantuk, moody, bermasalah dan sebagainya.
Senyum itu salah satu pengubat hati.

Siapa yang nak ubah dunia tu? Mari mulakan dengan senyuman :)